Wednesday 27 April 2011

Peperiksaan Asas Takaful

    Alhamdulillah pada sabtu yang lepas tanggal 23 hb april 2011 aku talah mengambil Peperiksaan Asas Takaful yang bertempat di Sek. Men. Keb. St. John KL. Keputusannya tak tahu lagi, insyaAllah 3 minggu selepas exam boleh tau. Mintak-mintak lulus la.

                                                   SMK St. John K.L.

     Pergerakanku ke sana adalah dengan meniaki Wish kepunyaan "agency manager"ku En. Azwani pada jam 1 tgh hari.Kul berapa sampai ntah la, tak tengok jam plak. Sampai-sampai terus tngok senarai bilik exam. lupa nk bagi tau, selain aku ad a lagi 3 orang yang ambil exam ni. Namanya Khidir yang naik sekali dengan kami, lagi 2 org pergi sendiri. yang pergi sendiri ni suami isteri, tapi tak sempat amik exam sebab terlewat 35 minit. Kalu 30 minit boleh masuk lagi. Takpa la...dah nasib...


                        keluar awal sebab nak ambil gambar orang yang tengah jawab exam
  
    Aku ingat sikit ja yang amik exam ni, rupa-rupanya ramai jugak la yang amik exam ni, ratusan "maybe". Exam start kul 2.30, tapi dlm kul 3 lebih ak dah keluar, tp aku respek kt pik cik Khidir ni, dia menggunakan masa yang dia ada sepenuhnya kul 4 baru dia keluar. Apa-apa pon aku mohon & berdoa kepad Allah SWT supaya kami lulus exam ni.

                        Manusia yang hadir (ketika ni dah habis exam)

P/S: InsyaAllah, nt dh lulus aku nk "all out" cari prospek & closed banyak kes...AMIN...

Sunday 24 April 2011

Konsep Takaful

Mengapa Anda Perlu Menyertai Takaful? 


1. Sebagai satu perlindungan sekiranya musibah menimpa diri dan keluarga

2. Suatu bentuk simpanan  dan pelaburan jangka panjang

3. Suatu bentuk perlindungan kepada pendapatan anda

4. Menolong mereka yang dalam kesusahan

5. Menguatkan ukhuwah sesama umat Islam

6. Bersesuaian dengan konsep tawakkal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam setiap pekerjaannya


Konsep Takaful

Takaful adalah satu pakatan sekumpulan orang ramai yang berjanji untuk saling bantu membantu di antara satu sama lain. Di dalam sistem takaful peserta bukannya membeli satu polisi insurans seperti kebanyakan sistem konvensional. Di sini para peserta bersetuju untuk menyertai suatu pakatan di mana mereka bersetuju untuk mendermakan sebahagian dari sumbangan mereka ke dalam satu tabung yang akan digunakan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah.  

Bersesuaian dengan firman Allah,

   "...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)."

    (Al-Maidah, 2)

Oleh itu tujuan sistem takaful diwujudkan adalah untuk mewujudkan persaudaraan yang erat di kalangan ummat berlandaskan lunas-lunas syariah. Konsep ini dapat direalisasikan dengan persetujuan setiap peserta untuk bersama-sama menanggung risiko antara satu sama lain.
Kesimpulannya, sifat mementingkan diri sendiri seharusnya tidak wujud di kalangan peserta takaful.

 Sistem Takaful 

1.Tertakluk kepada Akta Takaful 1984


2.Peserta dikehendaki membayar sumbangan berdasarkan konsep tabarru'at (derma)

3.Pihak Syarikat merupakan Pengendali risiko

4.Penyertaan Takaful adalah merupakan satu akad di antara Peserta dan Pengendali risiko

5.Terdapat satu Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab memastikan segala transaksi Syarikat berpandukan Syariat Islam

6.Tidak ada unsur riba, maisir(judi) dan gharar (tidak jelas) terlibat


P/S: Dapatkan perlindungan TAKAFUL anda sekarang. Telefon 013-9981394 untuk temujanji...

Monday 18 April 2011

alahai emak...anak mu mahu beli CBR 250R

     Jika bapakku seorang ahli perniagaan pasni ini yang aku mintak kepada emakku. Dan emakku nyatakan hasratku ini kepada bapakku. Tetapi bapakku hanya seorang yang tak tentu kerjanya. Lepas 1, 1 kerja yang dilakukan. Walaupon kerjanya tak tetap, bapakku berjaya membesarkan kesemua enam anak-anaknya.


     Tapi tak mengapa, misi, peranan & tanggungjawab ku sebagai seorang anak takkan aku abaikan. Buat masa yang terdekat ini misi & cita-cita ku adalah memiliki motorsikal sendiri iaitu HONDA CBR 250R. Lebih kurang tak sampai setahun(dlm tahun 2010) aku memasang impian untuk memiliki CBR 250 ni. Tengok promo dia pon buat aku tak tahan, makin membuak-buak perasaan nk memiliki moto ni. Kat bawah ni spesifikasi motor ni...


Model NameCBR250R
Model Type
Honda MC41
Overall length x Overall width x Overall height
2.035 m x 0.720 m x 1.125 m
Wheelbase
1.370 m
Ground clearance
0.145 m
Seat height
0.780 m
Curb weight
161 kg (STD) | 165 kg (ABS)
Riding capacity
2 people
Minimum turning radius
2.5 m
Engine type
CS250RE, liquid-cooled 4-stroke DOHC Single-cylinder
Displacement
249 cm3
Bore x Stroke
76.0 mm x 55.0 mm
Compression ratio
10.7
Fuel supply system
Programmed fuel injection system (PGM-FI)
Starter type
Self-starter
Ignition type
Full-transistor battery ignition
Lubricating type
Wet sump
Fuel tank capacity
13 ℓ
Clutch type
Wet multi-plate with coil springs
Transmission gear ratio 1speed
2speed
3speed
4speed
5speed
6speed
3.333
2.118
1.571
1.304
1.115
0.963
Reduction gear ratio (primary, secondary)
2.808 / 2.714
Caster angle / Trail
25°00 / 95 mm
Tire sizeFront
Rear
110 / 70-17M / C
140 / 70-17M / C
Brake typeFront
Rear
Hydraulic disk
Hydraulic disk
Suspension typeFront
Rear
Telescopic
Swing arm (Pro-link suspension system)
Frame type
Diamond



Tengok "spec" saja tak cukup, nah amik gambaq dia plak...






Tngok gambaq pon tak cukup, nak amik plak promo Video dia...



     Lepas ni pasti anda semua tahu kenapa aku nak beli motor ni. Kalu ada orang nak bagi "free" aku amik ja... Moga-moga dipermudahkan & dipercepatkan oleh ALLAH S.W.T. hajat ku ini... 
Amin...

Untuk maklumat lanjut, korang "try" klik kat link bawah ni...

http://www.boonsiewhonda.com.my/style-cbr250.html



Tuesday 12 April 2011

Sana-sini bunuh...maaati...

     Hai....apa nak jadi dgn dunia hari ni? Tiap-tiap hari keluar "paper" cerita pasal bunuh. Tak kesah la samada terbunuh atau dibunuh tiap-tiap hari itulah yg yang keluar di akhbar. Cerita pasal askar bunuh orang awam, ayah terlanggar anak, perompak membunuh, bunuh kerana cemburu, bunuh kerana balas dendam, terbunuh kerana kemalangan dan yang bunuh diri pon tak kurang hebatnya. Masing "result"nya adalah mati.
     Bercakap mengenai kemalangan, ia adalah satu kejadian yang tak diduga dan tak dapat dielak. Seperti kata pepatah melayu "malang tak berbau". Yang pasti kejadian seperti ini memberi kesan kepada keluarga yang menanggung. Jikalau yang menanggung itu adalah isteri dan mempunyai anak, pastinya ia adalah satu beban yang sangat perit untuk dilalui. Dah la isteri tak bekerja, anak nk makan apa? Takpe, bagi je oarang bela...

     Kepada yang mempunyai tabungan beruntung dan bertuahlah si isteri. Kepada yang menabung tapi ciput je, cukupkah untuk isteri dan anak-anak anda? Kepada yang tak menabung lagilah teruk...huh... Bagi mengelakkan situasi ini saya ada satu perkara nak kongsi dan secara tak langsung sebagai jalan penyelesaian kepada masalah tadi. Nak tahu apa jalan penyelesaiaannya? teruskan membaca.

     
     Sudahkah anda memiliki skim perlindungan samada polisi insuran ataupun takaful? Kepada yg dah ada tahniah. Yang tak ada, bila lagi? Haa...inilah jalan penyelesaian kepada masalah tadi. Kepada muslimin sekalian, saya  sarankan anda semua memiliki skim perlindungan takaful. Dengan skim ini segala bentuk kerugian dapat dikurangkan.

P/S: hubungilah saya jika anda ingin memiliki skim perlindungan takaful anda. 
     

Thursday 7 April 2011

saya sebagai wakil etiqa takaful

     Sejak awal MAC yang lepas, secara perlahan-lahan belajar untuk menjadi seorang wakil etiqa takaful. InsyaAllah 23 april 2011 ni, saya akan menduduki peperiksaan asas takaful atau "takaful Basic Examination" (TBE). Saya berdoa agar dipermudahkan bg menjawab soalan exam TBE nanti.
     Tiap-tiap hari rabu & khamis saya kena menghadiri kelas pengukuhan (lebih kurang cam tu la) bagi mempelajari teknik-teknik untuk mencari & memikat "client" dan juga pelajari tentang produk-produk etiqa takaful. Berikut adalah bsnez kad saya...


P/S: sesiapa yang berhajat untuk memiliki polisi etiqa takaful boleh hubungi saya...

Tuesday 5 April 2011

poco-poco haram...!

         Inilah fatwa yg dikeluar kan oleh mesyuarat jawatankuasa mufti negeri perak kali-186. menurut kajian yg dijalankan sebab-sebab pengharaman adalah kerana ianya berunsur keagamaan & pemujaan roh. tarian ni berasal dari jamaica serta mempunyai ciri-ciri agama kristian. 

    
     Dalam akhbar Berita Harian & Utusan bertarikh 5 apr 2011 kecoh cerdik-pandai selolah2 mempertikaikan fatwa yg dikeluarkan oleh fatwa negeri perak ini. apa yg dapat saya simpulkan dr pemahaman saya, cerdik pandai ini menganggap bahawa mufti negeri belum layak untuk mewartakan atau meletakkan hukum keatas sesuatu sebelum semua mufti-mufti di malaysia bermesyuarat & bersepakat dalam mengutuskan sesuatu hukum.
                                             Gambar hiasan.