Pengurusan kewangan adalah salah satu aspek terpenting dalam kehidupn kita. Tidak kira anda sebagai seorang akauntan, doktor, pensyarah, jurutera, ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi ataupun pekerjaan lain yang berpendapatan rendah, anda tetap memerlukan pengurusan kewangan. Masalahnya kebanyakan daripada kita hanya mampu berbelanja tanpa menguruskan kewangan mereka. Ingat!!! simpan dahulu, baru berbelanja....
Pengurusan kewangan yang kurang bijak juga boleh menghancurkan masa depan anda pada hari tua. Ini kerana, inflasi berlaku dari hari ke hari di seluruh dunia. Dengan kos sara hidup yang makin meningkat, simpanan KWSP yang ada mungkin tidak mampu membawa anda kepada kehidupan yang selesa setelah bersara kelak. Justeru, dengan pengurusan kewangan yang efsiyen kita tidak akan tenggelam dalam inflasi dunia.