Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk hidup pada hari jumaat ini & dunia masih lagi wujud. Syukur jugak aku masih lagi berkesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mawaddah.
Setelah aku selesai solat sunat & ketika duduk iktikaf didalam masjid sementara menunggu azan zohor, aku ternampak seorang lelaki tua, umur dalam lingkungan 70-an. Aku perhati lelaki tua ini, aku berfikir seketika & berasa kagum dgm lelaki ini. Dalam umur yang agak tua & keadaan fizikal yang agak lemah, si lelaki tua ini masih kuat untuk melakukan solat sunat. bukan 2 rakaat, tetapi 4 rakaat.
Dengan tangan yang terketar-ketar (spt parkinson), masih mampu untuk berdiri melakukan solat sunat walaupon ketika duduk si tua itu duduk atas kerusi. Dan aku tertnya, apakah yang membuatkan lelaki tua ini gigih melakukan ibadat? Bnyak jawapan yang bermain di fikiran ku. Antaranya mungkin disebabkan sudah menjadi amalan di masa mudanya dahulu.
Lalu aku terkenangkan akan diriku, adakah aku akan jadi seperti lalaki tua ini menghabiskan sisa umurku melakukan amal ibadat? Adakah aku akan duduk sahaja dirumah menunggu saat dicabut nyawaku? Aku tak akan menjadi seperti lelaki tua ini jika aku masih lagi di takok yang lama. Sebagai insan yang inginkan syurga, aku mesti tingkatkan amalanku & perbaiki mutu amalanku. Sama-samalah kita berdoa agar semua umat Islam mengejar akhirat yang kekal abadi & tidak terlalu leka dengan keseronokan dunia serta menjadi hamba yang soleh...
No comments:
Post a Comment