Thursday, 25 April 2013

Medical Card Terbaik

Berikut adalah ciri-ciri "medical card" terbaik Etiqa Takaful:

1. Tiada Ko-Takaful

  •     Etiqa Takaful akan membiayai 100% kos perubatan. Tertakluk kepada manfaat plan yang anda ambil.

2. 5% Bonus Tanpa Tuntutan

  • Bonus akan diberikan & bermula pada tahun ke-3 jika tahun yang sebelumnya tiada tuntutan dibuat.

3. Manfaat Perubatan Alternatif

  • Rawatan Alternatif yang terdapat adalah chiropraktor, chiropody, homeopathy, osteopathy & akupuntur.

4. Pendapat Perubatan Kedua (Medical Second Opinion, MSO)

  • Orang yang dilindungi boleh mendapat MSO jika disahkan menghidapi penyakit. Sekiranya layak, orang yang dilindungi boleh mendapatkan rawatan di mana-mana 1 dari 3 pilihan yang dicadangkan.

5. Limit Tahunan & Limit Keseluruhan Yang Lebih Tinggi


P/S: Hubungi saya di 013-998 1394 untuk mendapatkan maklumat penuh. [klik untuk butiran peribadi saya]

Monday, 18 February 2013

Monday, 18 June 2012

Ingat!!! Simpan Dulu, Baru Guna...

     Pengurusan kewangan adalah salah satu aspek terpenting dalam kehidupn kita. Tidak kira anda sebagai seorang akauntan, doktor, pensyarah, jurutera, ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi ataupun pekerjaan lain yang berpendapatan rendah, anda tetap memerlukan pengurusan kewangan. Masalahnya kebanyakan daripada kita hanya mampu berbelanja tanpa menguruskan kewangan mereka. Ingat!!! simpan dahulu, baru berbelanja....
    
     Pengurusan kewangan yang kurang bijak juga boleh menghancurkan masa depan anda pada hari tua. Ini kerana, inflasi berlaku dari hari ke hari di seluruh dunia. Dengan kos sara hidup yang makin meningkat, simpanan KWSP yang ada mungkin tidak mampu membawa anda kepada kehidupan yang selesa setelah bersara kelak. Justeru, dengan pengurusan kewangan yang efsiyen kita tidak akan tenggelam dalam inflasi dunia. 


Dari Hadis riwayat Al-bukhari:-

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.” 


Allah S.W.T. berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 240, maksudnya:-

 “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya…………” 

Monday, 23 April 2012

Sayangi Jantung Anda


Jantung Untuk Kehidupan
Jantung merupakan organ terpenting di dalam badan kita. Jantung berfungsi mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat berupaya mengepam 10,000 liter darah sehari. Jantung berdegup kira-kira 100,000 kali sehari iaitu di antara 60 - 80 kali seminit.

Faktor-Faktor Risiko Serangan Jantung

  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol/lemak tinggi dalam darah
  • Obesiti
  • Kurang bersenam/tidak aktif
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Diabetes
  • Tekanan perasaan
  • Merokok

Cegahlah Serangan Jantung Dengan:
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
  • Makan secara sihat
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Berhenti merokok
  • Belajar menangani stress
  • Periksa tekanan darah
  • Periksa paras glukos dalam darah
  • Awasi paras kolesterol
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berskala

Tanda-Tanda Serangan Jantung
  • Sesak nafas
  • Skait dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
  • sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
  • Berpeluh dingin
  • Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
  • Pening kepala dan berasa loya
P/S: Rawatan kesihatan kini begitu mudah di mana jua hospital pakar dengan adanya "Medical Card" dari ETIQA Takaful.

Saturday, 7 April 2012

 Kayu Sugi Pertama...


RM 2 je. Beli kt surau seksen 19 ketika nk menunaikan solat jumaat.

          Yeay...tanggal 6 Apr 2012 (14 Jamadil Awwal, 1433akhirnya aku telah memili kayu sugiku sendiri. Telah lama aku mencari akhirnya jumpa jugak. Ya Allah...sungguh aku amat menantikan saat ini dimana aku dapat mengamalkan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Sesungguhnya cerita tentang kelebihan bersugi ini telah lama aku dengar, namun sejak kebelakangan ini berhajat untuk memiliki & mengamalkannya. 

          Pertama kali aku menggunakan sugi ni agak pahit (sekejap je) pada mulanya dan berasa dingin. Dengan perlahan-perlahan aku menggosok gigi sambil menikmati ketenangan ketika bersugi. Satu persatu gigi dilalui dan hatiku berkata "inilah sunnah yang Nabi SAW tinggalkan". Perasaan yang timbul ketika pertama kali bersugi sangat sukar digambarkan.

          Rasulullah SAW. menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah baginda yang sangat dianjurkan, bahkan baginda bersabda, “Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Antara kelebihan bersugi adalah:
     1) MEMBERSIHKAN MULUT.
     2) MENJADI SEBAB KEREDHAAN ALLAH.
     3) MENYEBABKAN SYAITAN MARAH.
     4) ALLAH DAN MALAIKAT MENGASIHI ORANG YANG BERSUGI.
     5) MENGUATKAN GUSI.
     6) MENGHILANGKAN GELEMA.
     7) MEWANGIKAN MULUT.
     8) MENGHAPUSKAN SAFRA'(SEJENIS PENYAKIT).
     9) MENGUATKAN PANDANGAN MATA.
   10) MENGHILANGKAN BAU BUSUK MULUT.


          InsyaAllah, aku akan sentiasa mengamalkan bersugi tak kira masa dan tempat. Antara waktu yang sesuai antuk bersugi adalah:
     1) KETIKA MAHU SOLAT.
     2) KETIKA MAHU MENGAJI QURAN.
     3) KETIKA MAHU BERSAMA ISTERI.
     4) KETIKA MAHU TIDUR
     5) KETIKA NK AMBIL WUDUK.
     6) SELEPAS MAKAN.
     7) SELEPAS BANGUN TIDUR.

          Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda, “Jadikan bersiwak itu satu amalan, kerana yang demikian (bersiwak) itu menyihatkan mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ). Dalam Hadis lain juga meriwayatkan, Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia, menggunakan miswak, duduk di dalam majlis orang-orang soleh, dan duduk di dalam majlis para ulama”.(Thibbi Nabawi) 

          Berikut adalah panduan yang aku gunakan untuk bersugi:
  1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat digigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merosak gusi apabila digunakan.
  2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan dipakai sahaja.
  3. Siwak yang kering akan merosak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.
  4. Bahagian hujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.
  5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.
          Seorang pak cik yang aku jumpa ketika membuka kaunter eTiQa di salah sebuah surau TTDI Shah alam menasihatkan, agar kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan bersugi ni boleh bersugi selepas memberus gigi dgn berus gigi. Kepada muslimin & muslimat sekalian marilah kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini.

Tuesday, 13 March 2012

Rahsia, Hikmah & Kelebihan Sedekah



     Islam adalah agama yang sangat fleksible dan terbuka dalam memberikan kemudahan kepada penganutnya dalam mengamalkan ajarannya. Islam mengajar berbagai berbagai rahsia ibadah tertentu, dengan penjelasan sangat logik sehinggalah kepada yang kurang dapat deterima akal.
     Dalam konteks sedekah, ibadah ini mengandungi rahsia kelebihan yang cukup hebat bagi mereka yang melakukannya. Dalam erti kata lain sedekah boleh dikategorikan sebagai "ibadah sosial" seseorang. Orang yang menafkahkan hartanya akan mendapat keuntungan yang tidak diduga, bahkan dengan sedikit harta yang dinafkahkan akan mendapat balasan yang cukup besar nilainya.
     Kita disarankan supaya selalu bersedekah kerana bersedekah ada banyak kekayaan yang akan muncul serta akan memancarkan hikmah dan memberi kesan di akhirat kelak. Antara hikmah yang akan kita perolehi di duni adalah:
  • Menyucikan Harta
    • Dalam setiap harta benda yang kita miliki, boleh jadi banyak unsur kotoran yang menjadikannya tidak lagi barakah. Oleh itu dengan bersedekah dapat menjadikan harta yang anda miliki itu suci. Nabi s.a.w. mengingatkan dalam hadis-nya: "Ingatlah, bahawa jual beli itu mengandungi langkah, sumpah dan dusta. Oleh itu, bersihkanlah dengan cara bersedekah."
  • Membersihkan Dosa
    • Sedekah dapat menjadikan  harta dan jiwa seseorang menjadi bersih. Ibarat pakaian, jika dipakai dalam keadaan bersih pasti membawa keselesaaan. Allah s.w.t. berfirman: 
      • "Ambillah (sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah at-Taubah: 103)
  • Membuang Mentaliti Kedekut
    • Sebilangan manusia cenderung memiliki nafsu yang selalu ingin untuk menguasai semua harta kekayaan, sekaligus mengumpulkan dan menimbunnya. Cinta pada harta benda menjadikannya kedekut dalam mengagihkannya bagi keperluan "orang lain". Oleh itu, sedekah dijadikan salah satu cara membuang mentaliti kedekut. Ini perlu bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar. Seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:
      • "(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk kedalam (Neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;" (Surah al-Muddathsir: 42-44)
  • Mengasah Kelembutan Kalbu
    • Setiap orang memiliki berbagai kecenderungan seperti keras kepala dan sentiasa mahu menang. Dengan bersedekah kita mampu melembutkan hati yang keras dan akhirnya dapat menjalinkan silaturraham, sehingga semakin dekat dengan kenyataan hidup.
  • Mewujudkan Aturan Sosial
    • Aturan sosial yang tidak baik seperti pemberontakan dan pelbagai jenayah lain akan berlaku sekiranya golonagn miskin tidak mendapat perhatiaan dari golongan yang kaya. Kehidupan yang miskin mampu mendorong seseorang bertindak di luar dugaan. Jika aturan masyarakat ingin bertambah baik dan bertahan lama, maka jagalah golongan daif serta miskin.
  • Bersedekah Tanda Bersyukur Atas Nikmat Allah S.W.T.
    • Sedekah merupakan perbuatan yang dilahirkan sebagai tanda bersyukur atas nikmat Allah s.w.t., baik kesihatan, umur yang panjang ataupun kekayaan. Perlu diingatkan, bahawa Allah s.w.t. akan menambah kenikmatan kepada seseorang yang bersyukur dengan cara bersedekah, sebagaimana difirmankan dalam al-Quran:
      • "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim: 7)
Sedekah juga dapat membawa keuntungan di akhirat, antaranya:
  1. Meninggikan darjat di syurga.
  2. Memudahkan bagi seseorang ketika berada di sirat.
  3. Mengurangkan beban tanggungan (hisab)
  4. Menambah beban timbangan amal kebaikan.
  5. Sedekahnya akan diganti dengan naungan Allah s.w.t. baginya.
     Ingatlah bahawa segala isi bumi ini sebenarnya teramat melimpah ruah tetapi kekayaan itu habis menjadi berkurangan dengan kebakhilan dan sifat kedekut umat manusia sehingga menutup pintu rahmat Allah s.w.t. akan kurnia dan rezeki-Nya. Jika kita bermurah hati bersedekah, maka Allah s.w.t. akan memudahkan anda menjadi manusia kaya raya.

*sumber dipetik dari buku "Jika Ingin Cepat Kaya, Perbanyakkanlah Sedekah Kamu". Terbitan Al-Hidayah House of Publishers SDN. BHD.