RM 2 je. Beli kt surau seksen 19 ketika nk menunaikan solat jumaat. |
Yeay...tanggal 6 Apr 2012 (14 Jamadil Awwal, 1433) akhirnya aku telah memili kayu sugiku sendiri. Telah lama aku mencari akhirnya jumpa jugak. Ya Allah...sungguh aku amat menantikan saat ini dimana aku dapat mengamalkan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Sesungguhnya cerita tentang kelebihan bersugi ini telah lama aku dengar, namun sejak kebelakangan ini berhajat untuk memiliki & mengamalkannya.
Pertama kali aku menggunakan sugi ni agak pahit (sekejap je) pada mulanya dan berasa dingin. Dengan perlahan-perlahan aku menggosok gigi sambil menikmati ketenangan ketika bersugi. Satu persatu gigi dilalui dan hatiku berkata "inilah sunnah yang Nabi SAW tinggalkan". Perasaan yang timbul ketika pertama kali bersugi sangat sukar digambarkan.
Rasulullah SAW. menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah baginda yang sangat dianjurkan, bahkan baginda bersabda, “Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Antara kelebihan bersugi adalah:
1) MEMBERSIHKAN MULUT.
2) MENJADI SEBAB KEREDHAAN ALLAH.
3) MENYEBABKAN SYAITAN MARAH.4) ALLAH DAN MALAIKAT MENGASIHI ORANG YANG BERSUGI.
5) MENGUATKAN GUSI.
6) MENGHILANGKAN GELEMA.
7) MEWANGIKAN MULUT.
8) MENGHAPUSKAN SAFRA'(SEJENIS PENYAKIT).
9) MENGUATKAN PANDANGAN MATA.
10) MENGHILANGKAN BAU BUSUK MULUT.
InsyaAllah, aku akan sentiasa mengamalkan bersugi tak kira masa dan tempat. Antara waktu yang sesuai antuk bersugi adalah:
1) KETIKA MAHU SOLAT.
2) KETIKA MAHU MENGAJI QURAN.3) KETIKA MAHU BERSAMA ISTERI.
4) KETIKA MAHU TIDUR
5) KETIKA NK AMBIL WUDUK.
6) SELEPAS MAKAN.
7) SELEPAS BANGUN TIDUR.
Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda, “Jadikan bersiwak itu satu amalan, kerana yang demikian (bersiwak) itu menyihatkan mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ). Dalam Hadis lain juga meriwayatkan, “Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia, menggunakan miswak, duduk di dalam majlis orang-orang soleh, dan duduk di dalam majlis para ulama”.(Thibbi Nabawi)
Berikut adalah panduan yang aku gunakan untuk bersugi:
- Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat digigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merosak gusi apabila digunakan.
- Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan dipakai sahaja.
- Siwak yang kering akan merosak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.
- Bahagian hujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.
- Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.
Seorang pak cik yang aku jumpa ketika membuka kaunter eTiQa di salah sebuah surau TTDI Shah alam menasihatkan, agar kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan bersugi ni boleh bersugi selepas memberus gigi dgn berus gigi. Kepada muslimin & muslimat sekalian marilah kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini.
No comments:
Post a Comment