Jantung merupakan organ terpenting di dalam badan kita. Jantung berfungsi mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat berupaya mengepam 10,000 liter darah sehari. Jantung berdegup kira-kira 100,000 kali sehari iaitu di antara 60 - 80 kali seminit.
Faktor-Faktor Risiko Serangan Jantung
- Tekanan darah tinggi
- Kolesterol/lemak tinggi dalam darah
- Obesiti
- Kurang bersenam/tidak aktif
- Pemakanan yang tidak sihat
- Diabetes
- Tekanan perasaan
- Merokok
Cegahlah Serangan Jantung Dengan:
- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
- Makan secara sihat
- Kekalkan berat badan unggul
- Berhenti merokok
- Belajar menangani stress
- Periksa tekanan darah
- Periksa paras glukos dalam darah
- Awasi paras kolesterol
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berskala
Tanda-Tanda Serangan Jantung
- Sesak nafas
- Skait dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
- sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
- Berpeluh dingin
- Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
- Pening kepala dan berasa loya
P/S: Rawatan kesihatan kini begitu mudah di mana jua hospital pakar dengan adanya "Medical Card" dari ETIQA Takaful.
No comments:
Post a Comment