Hari ni adalah hari yang penuh gelak-ketawa akibat daripada lawak-lawak yang dibuat oleh penceramah-penceramah yang bertugas yang mana lawak-lawak mereka adalah mengalahi peserta-peserta MaharajaLawak. Betul beb...lawak-lawak yang dubuat adalah bersufat neutral dan bukannya buat-buat. Maklumla, rata-ratanya bercerita melalui pengalaman masing-masing.
Kursus ini dianjurkan oleh CITU UiTM selama 2 hari, hari ini(selasa) dan esok(Rabu). Para penceramah pada hari ini pula adalah Ustazah Hajah NorRihah, Pegawai Penasihat Agama Kanan CITU, Tuan Hj. Aluwi Parman, Ketua Pen. Pengarah Bah. Undang-undang Keluarga JAIS, Ustaz Khairul Jahrin, Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam Bah. Undang-undang Keluarga JAIS dan terakhir Dr. Siti Hafifah, pegawai Pusat Kesihatan UiTM.
Manakala tajuk-tajuk ceramah yang disampaikan adalah "Aqidah dan Ibadah Dalam Islam", "Akhlak Dalam Rumahtangga dan Bentuk Hubungan dalam Sistem Keluarga Islam", "Perkahwinan dan Prosedur Permohonanya Mengikut Peruntukan Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003" dan "Pengurusan Kesihatan Keluarga". Ceramah-ceramah yang disampaikan adalah sangat bermanfaat kepada para peserta yang akan mendirikan rumahtangga kelak.
Dari kursus ini para peserta banyak diberi nasihat tentang bagaimana hendak melayari bahtera rumahtangga kelak dalam keadaan harmoni. Selain itu para peserta juga diberi nasihat supaya tidak melakukan maksiat dengan berdua-duaan(paham-paham la ye), yang mana saya rasakan perkara ini perlu diambil serius. Banyak juga doa dari al-Quran diajar bagi menangkis gangguan dan godaan syaitan. Antara doanya ialah dari surah Al-Mukminin ayat 97&98 dan surah Yusuf ayat 21.
Melalui cerita-cerita dari pengalam ustaz-ustaz dari JAIS ini banyak informasi yang boleh dijadikan pengjaran & tauladan. Sedikit-sebanyak akhlak Nabi SAW melayari rumahtangga juga disampaikan. Selain itu juga para peserta diajar tentang kriteria-kriteria untuk mamilih calon suami dan calon isteri. Berikut adalah kriterianya:
Kriteria calon suami:
1. Menghayati agama
2. Mampu memimpi keluarga
3. Berakhlak mulia
4. Berhharta, berkaturunan yang baik dan segak
Kriteria calon isteri:
1. Berharta
2. Berkaturunan yang baik
3. Rupa paras yang cantik
4. Menghayati agama serta mengamalnya
Percaya atau tidak, setiap 15 minit terdapat 1 pasangan bercerai dan lagi satu setiap 17 minit seorang bayi yang tidak sah taraf dilahirkan. Begitulah senario yang berlaku diakhir zaman ini. Banyak lagi lah perkara-perkara yang disampaikan, dan kalu saudara dan saudari sekalian nak tahu sertailah mana-mana kursus. InsyaAllah segala ilmu yang disampaikan sedikit-sebanyak dapat kita mengharungi liku-liku kehidupan berumahtangga disamping mengamalkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
P/S: Sama-sama kita nikmati kebahagiaan beumahtangga selepas kahwin.
No comments:
Post a Comment