Tuesday 3 May 2011

Kenali Sahabat Rasullullah SAW: Saidina Abu Bakar

     Saidina Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah bin Quhaffah merupakan sahabat Nabi s.a.w. yang paling rapat dan paling disayangi. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w. "perempuan yang paling ku cintai adalah Aisyah r.a. manakala lelaki yang paling kucintai adalah bapanya". 
     Keperibadian yang begitu mulia, ditambah dengan kemurahan hati serta kebijaksanaan menyebabkan beliau telah dicalonkan sebagai Khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang tokoh perniagaan yang kaya dan datang dari keluarga bangsawan yang dihormati oleh masyarakat Arab Quraisy. Beliau adalah 2 tahun lebih muda dari rasulullah s.a.w. 
     Beliau tidak pernah minum arak dan orang ke-3 yang memeluk Islam selepas Saidina Ali Karramallahuwajhah dan Zaid bin Harithah. Selepas keislamannya, dia terus berdakwah dan telah mengislamkan beberapa orang sahabat yang agung (As-Sabiqun Awwalun) termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Zubir Al Awwam, Saad bin Waqas dan ramai lagi. 
     Semasa beliau membeli Bilal bin Rabah yang telah diseksa oleh tuannya, beliau telah ditanya mengapa beliau membali Bilal yang sudah tidak dapat bekerja berat akibat diseksa. beliau menjawab, "aku membeli jiwanya", yakni keteguhan Bilal mempertahankan keEsaan Allah s.w.t. 
    Pelbagai cabaran gentir dan dan siksaan yang pernah beliau hadapi dalam menegakkan agama Allah. Beliau pernah dipukul dan dipijak sehingga dapat dikenali cuma melalui hidungnya, kerana teruknya luka yang dialaminya. Rasulullah s.a.w. bersabda "Jika ditimbang iman saidina Abu bakar dengan sekalian ummat nescaya berat lagi iman Saidina Abu Bakar". 
Gelaran As-Siddiq diperolehi beliau lantaran sikapnya yang sentiansa membenarkan kata-kata nabi.

Sumber: Sautul Jumaat edaran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM. Bil 200(01/2011), 25 Mac 2011

No comments:

Post a Comment