Wednesday 20 July 2011

PRIMA - Pelan Perlindungan

PRIMA adalah pelan istimewa yang memberi pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan kewangan semasa merangkumi keperluan pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan sebagainya. Ia memberikan perlindungan kewangan untuk keluarga tersayang sekiranya ditimpa sesuatu musibah.



Manfaat Utama
  • Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.
  • Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh keilatan.
Manfaat Survival Berjadual
Manfaat Survival
Pulangan setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak. 

Anggaran Manfaat Survival
10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan sebanyak 4% setahun.
  • Manfaat semasa matang adalah baki manfaat survival berjadualtermasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta dan Lebihan Akaun Khas Peserta.
  • Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan.
  • Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.

Manfaat Perlindungan Komprehensif
  • Rider Bertempoh
  • Rider Penyakit Kritikal
  • Rider Manfaat Hospital
  • Rider Pampasan Kemalangan
  • Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan
  • Rider Manfaat Pembayar – Kontrak Juvana sahaja
Kelayakan Penyertaan
  • Had Umur: 6 bulan hingga 54 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
  • Tempoh Penyertaan: 18, 21, 24, 27 dan 30 tahun
  • Had Umur Matang: 84 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
  • Sumbangan Minimum: RM1,200.00 setahun
Lat Sumbangan:
  • Tahunan
  • Setengah Tahunan
  • Suku Tahunan
  • Bulanan
Manfaat Matang
Jumlah amaun terkumpul dan keuntungan dalam Akaun Peserta berserta dengan lebihan dari Akaun Khas Peserta setelah ditolak pembayaran manfaat survival berjadual.

Pembahagian Keuntungan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.

Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

P/S: Hubungi saya di 013-998 1394 untuk mendapatkan maklumat penuh produk. [klik untuk butiran peribadi saya]


No comments:

Post a Comment