Friday, 15 July 2011

INTELEK - Pelan Pendidikan

     Pengajian tinggi merupakan salah satu jalan untuk memperolehi  peluang perkerjaan yang baik. Anak-anak kita adalah komodoti terbaik untuk masa depan yang cerah. Seharusnya pembiayaan masa depan ini terjaga dan terjamin. Dengan kesedaran itu, Etiqa Takaful menyediakan plan-plan pengajaran yang komprehensif untuk anda dan keluarga anda.

     Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi masa depan dan kesejahteraan anak anda?

     Pelan Intelek dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.

     Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Intelek sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.

Anak merupakan amanah kepada kita. Didiklah dengan penuh kasih-sayang dan berilah perlindungan yang sewajarnya.

Manfaat Perlindungan
  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
  • Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
  • Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.


Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan
  • Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang sebagai pendahaluan biaya pendidikan.

Manfaat Matang
  • Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.


Manfaat Perlindungan Komprehensif

Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.
  • Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
  • Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
  • Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
  • Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
  • Rider Manfaat Pendapatan Keluarga (Pembayar Sahaja)
  • Tabungan Tambahan

Kelayakan Penyertaan
  • Had Umur: 14 hari hingga 15 tahun
  • Tempoh Penyertaan: 5 hingga 25 tahun
  • Sumbangan Minimum: RM840 setahun/ RM70 sebulan (Asas dan Tabungan Tambahan)


Anugerah Intelek
  • UPSR - 5A                 RM    500.00
  • PMR   - 8A ke atas     RM    750.00
  • SPM   - 8A ke atas     RM 1,000.00
  • STPM - 5A                 RM 1,500.00

Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.


P/S: Hubungi saya di 013-998 1394 untuk mendapatkan maklumat penuh produk. [klik untuk butiran peribadi saya]

No comments:

Post a Comment