Friday, 17 June 2011

suatu ketika...

     Kisah ini mengisahkan seorang remaja belasan tahun yang mempunyai ibu & bapa, seorang abang, 3 orang kakak & seorang adik lelaki. Remaja ni dari kampung di mana zaman kanak-kanaknya sangat meriah. maksud meriah di sini, boleh dikatakan segala permainan kampung ataupun tradisional pernah dia main. Yang paling best, pergi bendang tangkap belut. Zaman persekolahannya agak menarik, pagi ke sekolah petang pula mcm2 aktiviti spt main bola (wakil sekolah tu main bola, posisi defender), main guli, main tepuk kad, layang2 dll.
     Pada zaman sekolah menengah pulak dia juga sangat aktif, terlinat dgn unit berunifom. Dan yang paling best sangat aktif dalam sukan. Main ragbi, main hoki, bola baling. Sepanjang sesi persekolahan dalam setahun tu, pada waktu pagi belajar petangnya pulak, masih lagi ke sekolah tetapi untuk aktiviti koko la. Kalau musim sukan tu ptg tu adala training. Best! tak pernah boring ada ja aktiviti yang dibuat. Kalau musim periksa pulak, petang tu kalau ada kelas tambahan, mestila kena pergi.
     Dia ni sangat suka ke sekolah, tak pernahlah ponteng. Antara sebab suka ke sekolah kerana nk berjumpa kawan2, berborak dan paling best sakat dak perempuan. Ofkos la mesti ada yang berkenan di hati. Belajar pon best jugak, tambahan pula subjek yang minat, rasa rugi kalu tak pergi sekolah. Kalau subjek yang x minat tu, tidor je la terutamanya subjek pendidikan Islam sebab ustazah ni boring sikit...mestila cikgu perasan kalau kepala dh ats meja. tapi cikgu wt taktau ja...hehehe...
     Sebagai anak pula, nak kata soleh tak jugak. Masa kecik tiap2 hari mesti kena tibai dgn mak sebab selalu gaduh ngan kakak & usik adik. Kadang2 tu selalu jugak sebut benda tak elok, akibatnya kena la cabai lidah dia...sampai fobia dgn cabai (cili padi). Makin besar makin kurang la nakalnya. Tapi masih lagi tak jadi anak soleh, selalu lawan cakap mak, nak buat kerja rumah?! lagila...pemalas! Jenuh diketuk baru nak buat, kadang2 x buat jugak. Tapi kalau bapak yang suruh, dengan segera mesti buat. Takut...
     Itu kisah sebagai anak dan juga pelajar. Tapi yang nak cerita kat sini kisah tentang jiwa & perasaan si mamat ni. Biasa la....setiap insan pasti merasai peraan cinta & ingin dicintai. Bukan setakat 1,2 dah banyak yang pernah disukainya. Tapi dia sedar...hidup ni perjalanannya jauh lagi. Setakat suka ja. Tak mampu meluahkan dengan kata2, tetapi dengan perbuatan. Usik-usik ja la yang boleh... Terlebih usik nanti timbullah gosip. Best jugak kena gosip...
     Tapi ada seorang gadis yang menjadi salah 1 penyebab kenapa dia tak boleh meluahkan perasaan kepada gadis lain. Baginya gadis ini perfect! Kalau bab belajar, memang tiptop. PMR 9A katakan... Ilmu agamanya pon cukup. Kalu telefon selepas maghrib, mesti dia tengah mengaji (sampai sekarang). Hai...dah sampai telefon ni mestilah bercinta, ye tak?
     Bukan-bukan..tak bercinta pon. Just telefon sebagai kawan (kawan apanya kalau tiap-tiap hari?). Waktu dia telefon pulak lepas solat maghrib di surau dan ditemani sahabat karibnya. Kadang2 tak telefon pon gadis tu...dia telefon kawan perempuan sekelas dan junior perempuan yang lain. Masa tu guna publicfon ja... Ada 2, sorang satu. Yang kawan dia tu dah ada awek, jadi...telefon awek dia la.
     Ikutkan, dia ni takdak perasaan pon kat gadis ni...sebabnya gadis ni pandai sangat. Dia rasa macam susah la kalu nak tackle ulat buku ni. Peluang tu tipis sangat. Walaupon takdak perasaan kat gadis ni, tapi tetap diusik & disakat. Gadis tu muda setahun.
     Mamat ni sekolah pagi, gadis ni pulak sekolah sesi petang. Petang2 main guli, berdekatan dgn jalan yang digunakan oleh gadis ni pulang. Memang nampak la kalu gadis ni balik sekolah. Kalau mamat ni tak perasan, sahabat karib dia tu yang perasan. Kalau dah perasan, start la diorang punya usikan. Fadilah (bukan nama sebenar) cover...hooo Fadilah cover. Itulah ejekan yang diamalkan. Macam mana boleh cover?! Sahabat karib mamat ni la bagi tau yang dia ni suka cover ayu (mamat ni tak perasan pon). Yang bestnya, gadis ni terus kayuh basikal dgn laju (ayu tetap maintain).
     Kisah macam mana mamat ni menaruh perasaan kat gadis tu? Ikuti kisah selanjutnya di bahagian ke-2...

Ja mata ne...

Thursday, 16 June 2011

Apa Itu Takaful ?

Definisi


Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan & bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana para peserta sama-sama bersetuju untuk memmberi sumbangan.
     
     Kata dasar perkataan takaful ialah kafala yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga & saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang memberi makna memelihara atau menjaga.

Muamalat.
Takaful adalah salah satu cabang muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan memelihara sesama peserta berasaskan konsep Tabarru'. Di mana Tabarru' bermaksud menderma atau memberi hak milik secara percuma.

Pengecualian cukai pendapatan.
Dengan menyertai takaful peserta boleh mendapatkan pengecualian cukai pendapatan bagi sumbangan yang dibayar, tertakluk kapada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Friday, 10 June 2011

Macam Mana Nak Kurangkan Income Tax???

     Tahukah anda, dengan memiliki perlindungan Takaful anda boleh mengurangkan income tax anda sehingga RM 6000? Kalau nk tahu macam mana? Anda boleh berjumpa dengan saya dan ketahui caranya. Tak rugi sebenarnya jika anda memiliki perlindungan takaful. Anda bukan sahaja memiliki perlindungan, anda juga mempunyai simpanan sebenarnya.
     Tidakkah ianya sesuatu yang menarik...? Berjumpalah dengan perunding takaful sekarang!!!


P/S: Saya sedia memberikan khidmat rundingan kapada anda.

Wednesday, 8 June 2011

Kenduri-kendara

     Pada musim cuti sekolah tidak dapat disangkal lagi, memang inilah peluang muda-mudi untuk melansungkan perkahwinan. Mana taknya? waktu ni  lah sanak saudara lebih berpeluang untuk datang ke majlis sanak saudara.  Tak dinafikan, pada 4 june 2011 berlangsungnya majlis persandingan sepupu perempuan saya, anak kepada pak long saya.
     Masa ni la semua sanak saudara datang pulang ke kampung bagi melancarkan majlis tersebut. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar. terima kasih kepada penduduk "Kg. Pt. Jawa, Bt. 3" kerana telah memberikan kerjasama, gotong royong bagi melancarkan majlis ini. Dari yang muda sampailah yang tua, semua berganding bahu melancarkan majlis ini.
     Saya sangat bersyukur kerana pada zaman yang serba moden ini masih ada lagi semangat bergotong-royong oleh penduduk kampung yang mana cara ini makin ditelan zaman. Mana taknya, kebanyakan orang pada masa sekarang tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja gotong rotong dan tuan rumah pula, merasakan mereka mampu untuk mengupah "catering". Tak dinafikan cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa.
     Tetapi, sikap & amalan gotong royong yang menjadi nadi & kekuatan masyarakat kita makin lama makin kurang. Bahkan Muda-mudi sekarang makin kurang bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling. Bagi saya pun memang agak susah untuk melakukan kerja gotong royong ini, tetapi lama-lama setelah dipaksa oleh mak, dah jadi perkara biasa. Masa ni jugaklah, saya dapat berjumpa dengan semua orang kampung, yang tak kenal pun dah jadi kenal.
     Berikut adalah gambar di sekitar majlis:
Sepupu saya yang pengantin perempuan

Antara juadah yang dihidangkan. (layan diri)

Bahagian bancuhan & pengedaran air minum. (yang sedang tuang air dlm "jug" tu abg ipar saya)

Bahagian pembuangan sisa makanan & cuci pinggan.

Bahagian sambut tetamu. (mestila tuan rumah yang sambut tetamu)

Tempat makan. (nk sembang lama-lama pon boleh)

Ni plak bahagian dapur. (kebanyakannya org veteran yg  masak)

     Tak dilupakan, sahabat 1 sekolah, 1 kelas saya, Mohd Farid juga telah menamatkan zaman bujangnya pada 5 jun 2011. Tahniah kepada beliau, semoga berbahagia & kekal hingga ke anak cucu( kalu sempat, sampai ke cicit piut punn boleh). Sebagai kawan saya sangat gembira melihat rakan-rakan mendirikan masjid.

Farid & pasangan.

     Tahniah juga kapada Mohd Faiz (anak cikgu Abd. Wahab) kerana telah bertunang secara diam-diam (sampai hati tak bagi tau aku).

Sudahkah Anda Memilikinya...?

     Sudahkah anda memiliki perlindungan takaful? Kalau sudah, tahniah saya ucapkan. Kepada yang belum pastikan anda tidak terlambat untun mendapatkannya. Banyak kelebihan jika anda memiliki pelan perlindungan takaful. Didalam takaful, anda bukan sahaja memiliki perlindungan, malah simpanan juga.
     
     Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi saya (013-9981394). Simulasi juga disediakan.

P/S: sila baca & lihat flyers diatas.