Masa ni la semua sanak saudara datang pulang ke kampung bagi melancarkan majlis tersebut. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar. terima kasih kepada penduduk "Kg. Pt. Jawa, Bt. 3" kerana telah memberikan kerjasama, gotong royong bagi melancarkan majlis ini. Dari yang muda sampailah yang tua, semua berganding bahu melancarkan majlis ini.
Saya sangat bersyukur kerana pada zaman yang serba moden ini masih ada lagi semangat bergotong-royong oleh penduduk kampung yang mana cara ini makin ditelan zaman. Mana taknya, kebanyakan orang pada masa sekarang tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja gotong rotong dan tuan rumah pula, merasakan mereka mampu untuk mengupah "catering". Tak dinafikan cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa.
Tetapi, sikap & amalan gotong royong yang menjadi nadi & kekuatan masyarakat kita makin lama makin kurang. Bahkan Muda-mudi sekarang makin kurang bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling. Bagi saya pun memang agak susah untuk melakukan kerja gotong royong ini, tetapi lama-lama setelah dipaksa oleh mak, dah jadi perkara biasa. Masa ni jugaklah, saya dapat berjumpa dengan semua orang kampung, yang tak kenal pun dah jadi kenal.
Berikut adalah gambar di sekitar majlis:
Sepupu saya yang pengantin perempuan
Antara juadah yang dihidangkan. (layan diri)
Bahagian bancuhan & pengedaran air minum. (yang sedang tuang air dlm "jug" tu abg ipar saya)
Bahagian pembuangan sisa makanan & cuci pinggan.
Bahagian sambut tetamu. (mestila tuan rumah yang sambut tetamu)
Tempat makan. (nk sembang lama-lama pon boleh)
Ni plak bahagian dapur. (kebanyakannya org veteran yg masak)
Tak dilupakan, sahabat 1 sekolah, 1 kelas saya, Mohd Farid juga telah menamatkan zaman bujangnya pada 5 jun 2011. Tahniah kepada beliau, semoga berbahagia & kekal hingga ke anak cucu( kalu sempat, sampai ke cicit piut punn boleh). Sebagai kawan saya sangat gembira melihat rakan-rakan mendirikan masjid.
Farid & pasangan.
Tahniah juga kapada Mohd Faiz (anak cikgu Abd. Wahab) kerana telah bertunang secara diam-diam (sampai hati tak bagi tau aku).
No comments:
Post a Comment