Thursday 16 June 2011

Apa Itu Takaful ?

Definisi


Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan & bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana para peserta sama-sama bersetuju untuk memmberi sumbangan.
     
     Kata dasar perkataan takaful ialah kafala yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga & saling memelihara. Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang memberi makna memelihara atau menjaga.

Muamalat.
Takaful adalah salah satu cabang muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan memelihara sesama peserta berasaskan konsep Tabarru'. Di mana Tabarru' bermaksud menderma atau memberi hak milik secara percuma.

Pengecualian cukai pendapatan.
Dengan menyertai takaful peserta boleh mendapatkan pengecualian cukai pendapatan bagi sumbangan yang dibayar, tertakluk kapada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

No comments:

Post a Comment