Kisah ini mengisahkan seorang remaja belasan tahun yang mempunyai ibu & bapa, seorang abang, 3 orang kakak & seorang adik lelaki. Remaja ni dari kampung di mana zaman kanak-kanaknya sangat meriah. maksud meriah di sini, boleh dikatakan segala permainan kampung ataupun tradisional pernah dia main. Yang paling best, pergi bendang tangkap belut. Zaman persekolahannya agak menarik, pagi ke sekolah petang pula mcm2 aktiviti spt main bola (wakil sekolah tu main bola, posisi defender), main guli, main tepuk kad, layang2 dll.
Pada zaman sekolah menengah pulak dia juga sangat aktif, terlinat dgn unit berunifom. Dan yang paling best sangat aktif dalam sukan. Main ragbi, main hoki, bola baling. Sepanjang sesi persekolahan dalam setahun tu, pada waktu pagi belajar petangnya pulak, masih lagi ke sekolah tetapi untuk aktiviti koko la. Kalau musim sukan tu ptg tu adala training. Best! tak pernah boring ada ja aktiviti yang dibuat. Kalau musim periksa pulak, petang tu kalau ada kelas tambahan, mestila kena pergi.
Dia ni sangat suka ke sekolah, tak pernahlah ponteng. Antara sebab suka ke sekolah kerana nk berjumpa kawan2, berborak dan paling best sakat dak perempuan. Ofkos la mesti ada yang berkenan di hati. Belajar pon best jugak, tambahan pula subjek yang minat, rasa rugi kalu tak pergi sekolah. Kalau subjek yang x minat tu, tidor je la terutamanya subjek pendidikan Islam sebab ustazah ni boring sikit...mestila cikgu perasan kalau kepala dh ats meja. tapi cikgu wt taktau ja...hehehe...
Sebagai anak pula, nak kata soleh tak jugak. Masa kecik tiap2 hari mesti kena tibai dgn mak sebab selalu gaduh ngan kakak & usik adik. Kadang2 tu selalu jugak sebut benda tak elok, akibatnya kena la cabai lidah dia...sampai fobia dgn cabai (cili padi). Makin besar makin kurang la nakalnya. Tapi masih lagi tak jadi anak soleh, selalu lawan cakap mak, nak buat kerja rumah?! lagila...pemalas! Jenuh diketuk baru nak buat, kadang2 x buat jugak. Tapi kalau bapak yang suruh, dengan segera mesti buat. Takut...
Itu kisah sebagai anak dan juga pelajar. Tapi yang nak cerita kat sini kisah tentang jiwa & perasaan si mamat ni. Biasa la....setiap insan pasti merasai peraan cinta & ingin dicintai. Bukan setakat 1,2 dah banyak yang pernah disukainya. Tapi dia sedar...hidup ni perjalanannya jauh lagi. Setakat suka ja. Tak mampu meluahkan dengan kata2, tetapi dengan perbuatan. Usik-usik ja la yang boleh... Terlebih usik nanti timbullah gosip. Best jugak kena gosip...
Tapi ada seorang gadis yang menjadi salah 1 penyebab kenapa dia tak boleh meluahkan perasaan kepada gadis lain. Baginya gadis ini perfect! Kalau bab belajar, memang tiptop. PMR 9A katakan... Ilmu agamanya pon cukup. Kalu telefon selepas maghrib, mesti dia tengah mengaji (sampai sekarang). Hai...dah sampai telefon ni mestilah bercinta, ye tak?
Bukan-bukan..tak bercinta pon. Just telefon sebagai kawan (kawan apanya kalau tiap-tiap hari?). Waktu dia telefon pulak lepas solat maghrib di surau dan ditemani sahabat karibnya. Kadang2 tak telefon pon gadis tu...dia telefon kawan perempuan sekelas dan junior perempuan yang lain. Masa tu guna publicfon ja... Ada 2, sorang satu. Yang kawan dia tu dah ada awek, jadi...telefon awek dia la.
Ikutkan, dia ni takdak perasaan pon kat gadis ni...sebabnya gadis ni pandai sangat. Dia rasa macam susah la kalu nak tackle ulat buku ni. Peluang tu tipis sangat. Walaupon takdak perasaan kat gadis ni, tapi tetap diusik & disakat. Gadis tu muda setahun.
Mamat ni sekolah pagi, gadis ni pulak sekolah sesi petang. Petang2 main guli, berdekatan dgn jalan yang digunakan oleh gadis ni pulang. Memang nampak la kalu gadis ni balik sekolah. Kalau mamat ni tak perasan, sahabat karib dia tu yang perasan. Kalau dah perasan, start la diorang punya usikan. Fadilah (bukan nama sebenar) cover...hooo Fadilah cover. Itulah ejekan yang diamalkan. Macam mana boleh cover?! Sahabat karib mamat ni la bagi tau yang dia ni suka cover ayu (mamat ni tak perasan pon). Yang bestnya, gadis ni terus kayuh basikal dgn laju (ayu tetap maintain).
Kisah macam mana mamat ni menaruh perasaan kat gadis tu? Ikuti kisah selanjutnya di bahagian ke-2...
Ja mata ne...
No comments:
Post a Comment